Bengkel Talaqqi Al Fatihah Bersanad
Lanjutan

Bengkel Talaqqi Al Fatihah Bersanad

Definisi
Bengkel Talaqqi al-Fatihah bersanad merupakan satu inovasi pengajaran dan pembelajaran bersanad. Setiap peserta akan didedahkan berkenaan kepentingan belajar dan bertalaqqi al-Quran bersanad, pendedahan kepada bacaan Qiraat 10 Surah al-Fatihah dan praktikal bacaan Qiraat Surah al-Fatihah.

Objektif
- Meningkatkan mutu bacaan surah al Fatihah yang merupakan rukun kepada solat
- Mengembangkan dan mengekalkan tradisi ulama Islam silam melalui kaedah talaqqi dan musyafahah dalam pengajaran dan pembelajaran al Quran.
- Berpeluang memperbaiki bacaan surah al-Fatihah dihadapan guru serta mempelajari ilmu qiraat teori dan praktikal.
- Memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu serta gambaran yang jelas berkenaan ilmu qiraat dengan kaedah pembelajaran yang santai.

Isi Kandungan
- Menerangkan kepentingan dan tuntutan belajar al-Quran bersanad
- Kelebihan surah al-Fatihah
- Kesalahan umum dalam bacaan surah al-Fatihah
- Pengenalan qiraat surah al-Fatihah
- Bengkel bacaan qiraat 10 surah al-Fatihah
- Talaqqi bacaan surah al-Fatihah (Syahadah)

Siapa Perlu Hadir
- Pengusaha-pengusaha rangkaian Al-Baghdadi
- Guru-guru al-Quran
- Pelajar-pelajar
- Orang Awam


Tempoh Kursus
Kursus dijalankan selama satu hari
8.30 Pagi sehingga 1.00 Petang

Yuran Penyertaan
RM180.00/ SEORANG*
- Bahan
- Makan dan Minum
- Sijil Penyertaan & Syahadah

Short Description

Bengkel Talaqqi al-Fatihah bersanad adalah satu program inovasi dalam pengajaran bersanad. Ia mempraktikkan bacaan surah Al Fatihah dengan bacaan qiraat 10 di samping mengetahui kelebihan surah Al Fatihah

Course Info

Hubungi Kami

Akademi Al Baghdadi

No 2-86 Jalan Prima SG 3

Taman Prima Gombak

68100 Batu Caves, Selangor

Info Logo

Akademi Al Baghdadi merupakan Anak Syarikat Al Baghdadi Group Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada awal tahun 2012. Penubuhannya bertujuan bagi mengendalikan program pelatihan Teknik Al Baghdadi yang mula digunakan secara meluas di pusat-pusat pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi ALC pada masa itu.

Newsletter

Masukkan nama dan email anda , dan kami akan sentiasa kemaskini maklumat terbaru kepada anda

captcha 

Jumlah Pengunjung

00125083
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
644
686
1330
88081
16644
20707
125083
Your IP: 54.226.41.91
2018-01-22 12:25