27 Januari 2024 - Sesi taklimat ringkas sebelum bermulanya kelas pertama Sijil Asas Perguruan Al-Quran pada 3 Februari 2024. Taklimat ini diadakan bagi mempersiapkan para pelajar supaya lebih memahami tentang sijil yang mereka sertai ini.
Taklimat ini merangkumi sejarah-sejarah awal penubuhan sijil ini, fokus-fokus utama serta panduan untuk para pelajar dari segi perjalanan kelas dari awal sehinggalah tamat. Sijil ini dijalankan secara online dengan kekerapan kelas 2 kali dalam sebulan.
Semoga para pelajar terus bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk belajar walau dimana sahaja mereka berada dan dalam apa jua cabaran yang menduga. Kami sentiasa mendoakan semoga usaha pelajar dipermudahkan, InsyaAllah