Akademi Susun Pelatihan 2018

Akademi Al Baghdadi membuka tirai Tahun Baru 2018 dengan mengadakan satu taklimat berkaitan Program Pelatihan Al Baghdadi baru-baru ini. Program Pelatihan yang dikendalikan oleh Akademi Al Baghdadi merupakan program pelatihan profesional yang mengfokuskan pelatihan guru yang sedang mengajar di institusi pembelajaran AL Quran Al Baghdadi di seluruh negara.

Program pelatihan ini sangat penting bagi memastikan guru-guru yang mengajar adalah mereka yang terlatih dan layak mengajar Al Quran. Peranan guru sangat penting bagi sesebuah institusi pembelajaran Al Quran, kerana ia menjadi faktor utama sesbuah institusi pembelajaran Al Quran itu diterima masyarakat. Sehingga kini hampir 5000 orang guru Al Quran sedang berkhidmat di pusat-pusat rangkaian Al Baghdadi di seluruh negara.

Terdapat 3 kategori program yang ditawarkan oleh Akademi Al Baghdadi iaitu kursus,bengkel dan persijilan. Setiap komponen memainkan peranan penting dan setiap orang guru perlu melalui ketiga-tiga kategori pelatihan ini. 

Please publish modules in offcanvas position.