Kuliah SAPQ Sabah 1/2018

Akademi Al Baghdadi telah memulakan sesi pengambilan terbaru Sijil Asas Perguruan Al Quran (SAPQ) di Kota Kinabalu bermula pada 10 Januari lalu. Pengambilan pelajar baru bagi tahun 2018 diadakan serentak di Ibu Pejabat Akademi Al Baghdadi di Gombak. Menurut Penyelaras Program Akademi Al Baghdadi & Yayasan Al Baghdadi Negeri Sabah, En Azman berkata, kuliah pertama kali ini dihadiri oleh kira-kira 27 orang pelajar SAPQ yang terdiri daripada pelajar dewasa. Di antara mereka ialah guru-guru Al Quran Teknik Al Baghdadi yang sedang berkhidmat di pusat-pusat Rangkaian Al Baghdadi negeri Sabah.

Sebanyak 4 modul akan disampaikan dalam semester ini iaitu Modul Tarannum, Ulum Al Quran, Tajwid 1 dan Rasm Uthsmani &Dabt Al Quran.

sapqsabah2

Pelajar Dewasa Di Kalangan Guru Al Baghdadi Sedang Mengikuti Kuliah SAPQ 1/2018

 

sapqsabah3

Please publish modules in offcanvas position.