Ucapan Selamat Tahun Baru Islam 1443 Hijrah

SALAM MAAL HIJRAH 1443

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam, 1 Muharam 1443 Hijrah Bersamaan 10 Ogos 2021 dari kami Team Akademi Al Baghdadi dengan tema "Manhaj Rabbani, Ummah berkualiti"

Firman Allah SWT dlm surah Al Baqarah ayat 218;

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَٰهَدُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أُوْلَٰٓئِكَ يَرۡجُونَ رَحۡمَتَ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Selaras dengan Misi Akademi Al Baghdadi untuk Melahirkan Guru Al Quran yang professional, Akademi Al Baghdadi berhijrah menawarkan semua program anjuran Akademi dari "offline" secara "online" sepenuhnya.
Antara program yang sedang ditawarkan kini;

  1. Sijil Perguruan Al Quran online
  2. Sijil Asas Guru Talaqqi Murattal Tarannum Hijaz Iraqi online
  3. Sijil Talaqqi Am dan Khas online
  4. Program Tadabbur Al Quran online
  5. Kursus Ekslusif Tamhid Al Baghdadi online
  6. Kursus Ekslusif Nadi Al Baghdadi online



Dalam suasana pandemik ini, Akademi tetap memberi laluan, peluang dan ruang secara atas talian untuk Tuan dan Puan menambah ilmu pengetahuan dan pertingkatkan kemahiran displin bacaan berkualiti ke arah menjadi insan professional Dan ummah berkualiti disamping dapat menjimatkan masa dan kos serta pembelajaran yang lebih fleksible. Marilah sama-sama kita belajar Dan menuntut ilmu dengan mendaftar di laman web akademialbaghdadi.my

Semoga Allah pertemukan kita semua di dalam Syurga-Nya kelak. Kami Team Akademi dengan rendah hati mohon maaf atas segala kekhilafan.Terima kasih untuk setiap kebaikan yang dihulurkan oleh sahabat Akademi. Semoga diberkati di lindungi dan mendapat kebaikan di dunia dan syurga firdaus diakhirat.
Aamiin🤲🤲🤲

 

Nor Saidah Bt Alias
Pengarah
Akademi Al Baghdadi

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke akademialbaghdadi @gmail.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© Copyright AKADEMI ALBAGHDADI 2021. Design & Development by AL BAGHDADI GROUP