Pengurusan Al Baghdadi Group Sdn Bhd merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diatas sumbang bakti beliau bersama Akademi AlBaghdadi 2000-2023. Semoga sukses didalam pengajian peringkat PhD yang bakal disertainya.
Pengurusan Al Baghdadi Group Sdn Bhd merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diatas sumbang bakti beliau bersama Akademi AlBaghdadi 2000-2023. Semoga sukses didalam pengajian peringkat PhD yang bakal disertainya.
Al Baghdadi yang telah berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam menerajui pendidikan Al Quran dalam sekala besar melalui kewujudan rangkaian pembelajaran Al Quran yang dikenali sebagai Al Baghdadi Learning Centre (ALC), kini telah menyusun semula serta menaik taraf program yang ditawarkan di semua rangkaian ALC.
Ianya bakal dilaksanakan bermula pada tahun 2023 dengan berpandukan Piramid Pembelajaran Al Quran yang telah disusun oleh Pengasas Teknik Al Baghdadi, Ustaz Qr Haji Jalaluddin bin Haji Hassanuddin. Program yang dahulu dikenali sebagai Kelas Asas Tamhid, Kelas Asas Tajwid & Kelas Talaqqi kini dinaiktaraf kepada program persijilan yang diberi nama Sijil Asas Pengajian Al Quran, Sijil Lanjutan Pengajian Al Quran, Sijil Khatam Al Quran dan Sijil Talaqqi Al Quran.
Bukan itu sahaja, malahan pelajar Al Quran di ALC boleh melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi di Akademi Al Baghdadi dengan mengikuti Program Sijil Sanad Al Quran, Sijil Kemahiran Al Quran dan Sijil Asas Perguruan Al Quran.
Kursus Kuasai Teknik Al Baghdadi di adakan di Dewan Madinah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Program ini dijalankan selama 2 hari dan alhamdulillah seramai 62 orang hadir terdiri daripada kalangan guru, pengusaha serta saudara-saudara baru.
Semoga segala ilmu yang diperolehi daripada bengkel ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan meningkatkan semangat untuk sama-sama berjuang dalam pendidikan Al Quran Al Baghdadi.
Hari Aspirasi Al Baghdadi & Program Khatam Al Quran Perdana 2022 telah berlangsung di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2020. Majlis ini dirasmikan olehProf. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.
Seramai 505 peserta berdaftar termasuk 200 pelajar khatam Al Quran yang akan menerima sijil dan plaque. Selain itu guru & pengusaha juga menerima anugerah istimewa iaitu Anugerah Istiqamah Bersama Al Baghdadi, Anugerah Guru Cemerlang, Anugerah Sedekad & Anugerah Khas.
Jaulah Mesir merupakan sebuah program untuk mengajar orang ramai untuk membaca Al Quran dengan sanad yang betul bersama Sheikh yang diperakui di Mesir.
Untuk program yang pertama ini berjalan selama 12 hari dan alhamdulilah seramai 4 orang pelajar 1 orang pengiring untuk program Jaular Mesir ini. Program ini menyediakan tiket penerbangan, pengangkutan, makanan disediakan & sijil penyertaan. Selain dari pada membaca Al Quran Bersama Sheikh pelajar dapat melawat tempat-tempat yang menarik di Mesir seperti Masjid Al-Azhar, Maqam Imam As-Syafie, Kubu Sultan Solahuddin, City Stars Mall dan lain-lain lagi.
Insha-allah program yang kedua akan menyusul tidak lama lagi.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut boleh terus hubungi 019-278 5747 (Cik Riena).
Setiap umat Islam tentu dah hafal surah Al Fatihah. Surah Al Fatihah merupakan salah satu surah yang amat penting yang kita baca sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari, iaitu di dalam setiap rakaat solat 5 waktu. Terletak di halaman pertama Al Quran, surah Al Fatihah ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan membacanya merupakan salah satu daripada rukun solat.
Pernahkah kita terfikir apakah rahsia atau kelebihan surah Al Fatihah yang kita baca hari demi hari ini? Jom kita singkap keagungan surah Al Fatihah dengan lebih mendalam lagi.
Surah Al Fatihah menjadi aspek terpenting untuk tujuan ibadah, rawatan, perlindungan, dan mendapat keberkatan; di mana terdapat zikir dan tahmid yang terbaik buat manusia pengajaran Allah SWT kepada para hamba adab berdoa dan meminta pertolongan.
Bestnya dapat baca surah Al Fatihah dengan bacaan Qiraat 10 macam ni ye ???
Dah 30 tahun baca surah Al Fatihah 1 qiraat pun masih ada yang salah
TAPI NAK BELAJAR KAT MANA ?
Mana ada kelas belajar surah fatihah je?
Kalau bacaan Al Fatihah tak betul, confirm solat tak sah sebab surah Al Fatihah tu 'Rukun Solat'
JANGAN RISAU !
Jom sertai Program Bengkel Talaqqi Surah Al Fatihah
Hotline: +60103364427
Bengkel website ini merupakan sebuah program untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kakitangan di dalam bidang pengendalian lawan web syarikat. Selain itu meningkatkan Branding setiap syarikat dengan menyampaikan maklumat terkini kepda pelanggan dan bakal pelanggan. Ia juga dapat menambahkan strategi marketing bagi setiap unit yang hadir di bengkel wesite ini.
Program ini diadakan di Wisma Al Baghdadi (HQ) Dewan Biru Level 2 bersama Ustaz Hakim sebagai tenaga pengajar.
03 Oktober 2022 | Masa: 09:00 pagi - 06:00 petang
"Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga." - Hadis -
13 & 13A Suite Persiaran 3, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.
dummy+60 (19) 2345 145
dummy+60 (10) 336 4427
dummy akademialbaghdadi@gmail.com