'Road Map' Pembelajaran Al Quran Al Baghdadi

'Road Map' Pembelajaran Al Quran Al Baghdadi

Al Baghdadi yang telah berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam menerajui pendidikan Al Quran dalam sekala besar melalui kewujudan rangkaian pembelajaran Al Quran  yang dikenali sebagai Al Baghdadi Learning Centre (ALC), kini telah menyusun semula serta menaik taraf program yang ditawarkan di semua rangkaian ALC.

Ianya bakal dilaksanakan bermula pada tahun 2023 dengan berpandukan Piramid Pembelajaran Al Quran yang telah disusun oleh Pengasas Teknik Al Baghdadi, Ustaz Qr Haji Jalaluddin bin Haji Hassanuddin. Program yang dahulu dikenali sebagai Kelas Asas Tamhid, Kelas Asas Tajwid & Kelas Talaqqi kini dinaiktaraf kepada program persijilan yang diberi nama Sijil Asas Pengajian Al Quran, Sijil Lanjutan Pengajian Al Quran, Sijil Khatam Al Quran dan Sijil Talaqqi Al Quran.

Bukan itu sahaja, malahan pelajar Al Quran di ALC boleh melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi di Akademi Al Baghdadi dengan mengikuti Program Sijil Sanad Al Quran, Sijil Kemahiran Al Quran dan Sijil Asas Perguruan Al Quran.

 

Hubungi Kami

13 & 13A Suite Persiaran 3, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.

  • dummy+60 (3) 6127 0712 

  • dummy+60 (10) 336 4427

  • dummy akademialbaghdadi@gmail.com

Pengunjung

Malaysia 94.0% Malaysia
United States 2.2% United States

Total:

49

Countries
0249608
Today: 44
This Week: 146
This Month: 1,892