REKOD PENCAPAIAN

Akademi Al Baghdadi telah melahirkan ramai Guru Al Quran Profesional
melalui program-program yang dianjurkannya

Image

"The First Professional Quranic Education Teachers Program"

Genap 1 tahun pada Feb 2021, Akademi Al Baghdadi yang telah ditubuhkan sejak tahun 2012, telah mencatat rekod di Malaysian Book Of Record  sebagai Program Pendidikan Guru Al Quran Professional yang Pertama di Malaysia.

Akademi Al Baghdadi telah memberi fokus sepenuhnya kepada mendidik dan melatih Guru Al Quran dengan ilmu-ilmu asas yang diperlukan oleh seorang Guru Al Quran Profesional seperti Ilmu Tajwid, Ulum Al Quran, Tarannum Qiraat, Bahasa Arab, Rasm Uthmani dan juga Pedagogi & Metodologi Al Quran.

Program pelatihan ini yang diberi nama Sijil Asas Perguruan Al Quran menjadi tumpuan dan pilihan para Guru Al Quran malahan juga golongan profesional seperti jurutera,peguam,polis dan doktor yang berminat menceburkan diri dalam bidang pendidikan Al Quran.

Tidak kurang juga mereka yang bekerja sendiri seperti surirumah, petani dan peniaga runcit. Program yang diberi singkatan SAPQ itu merupakan program sulung Akademi Al Baghdadi dengan menyediakan waktu pembelajaran yang fleksible secara jarak jauh. Ia pernah dianjurkan di Sabah, Pulau Pinang, Johor malahan di Singapore dan telah disertai oleh pelajar dari Brunei, Australia, New Zealand, Dubai, dan United Kingdom.

AAB2023

13 & 13A Suite Persiaran 3, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.

  • dummy+60 (19) 2345 145 

  • dummy+60 (10) 336 4427

  • dummy akademialbaghdadi@gmail.com

Pengunjung

Malaysia 93.4% Malaysia
United States 2.5% United States

Total:

72

Countries
0257707
Today: 18
This Week: 18
This Month: 1,767