About us

Selamat Datang Ke Akademi Al Baghdadi

Akademi Al Baghdadi merupakan sebuah institusi pengajian tinggi Al Quran yang menawarkan tempat pembelajaran ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al Quran. Ia telah diasaskan oleh Ustaz Qr. Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin yang merupakan pengasas Teknik Al Baghdadi. Akademi Al Baghdadi berjaya menampilkan satu pendekatan pembelajaran Al Quran yang kontemporari dan inovatif sehingga mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record (MBOR) bagi tahun 2020 bagi kategori “The First Professional Quranic Education Teachers Program”

Terdapat empat (4) Program Utama Persijilan dibawah kelolaan Akademi Al Baghdadi iaitu:

  1. Sijil Asas Perguruan Al Quran (2012)
  2. Sijil Sanad (2015)
  3. Sijil Pengajian Tafsir Al Quran (2020)
  4. Sijil Asas Guru Talaqqi Al Quran (2021)

Misi & Visi

VISI
Menyediakan Program Pelatihan yang komprehensif, bersepadu dan terpandu seiring dengan Perkembangan Pendidikan Al Quran bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks diperingkat global.

MISI
Memastikan setiap guru Al Quran dan pengusaha mendapat pelatihan yang secukupnya bagi menjamin kualiti Pendidikan Al Quran khususnya di semua rangkaian Al Baghdadi mencapai standard kualiti terbaik bagi melahirkan generasi Al Quran professional yang berlimu, berkemahiran, ihsan dan bertakwa.

Image

REKOD PENCAPAIAN

Akademi Al Baghdadi telah melahirkan ramai Guru Al Quran Profesional
melalui program-program yang dianjurkannya

GRADUASI
0
KONVOKESYEN
0
ALUMNI
0
No Internet Connection