KURSUS TERKINI


Baru-baru ini diadakan Program Bengkel Cuti Sekolah kepada pengusaha pusat pembelajaran Al Quran Al Baghdadi sebagai persediaan menghadapi program cuti sekolah. Sudah tentu ibu bapa mulai merasa runsing dengan pengisian program kepada anak-anak mereka menjelang cuti sekolah yang akan tiba tidak lama lagi. Al Baghdadi telah merangka beberapa program yang bakal memanfaatkan cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti pembelajaran Al Quran.
Mempelajari Ilmu Tajwid merupakan Fardhu Ain bagi setiap individu Muslim apatah lagi mengamalkan ilmunya ketika membaca Al Quran. Meskipun ilmu ini bukan suatu ilmu yang baru, namun dengan pendekatan yang kreatif dan inovatif, ianya dapat membantu masyarakat memahami dengan lebih mudah ilmu tersebut kerana ianya padat dengan aktiviti dan praktikal dan bukan sekadar teori yang perlu dihafal seperti pembelajaran tajwid secara tradisional.
Mempelajari Al Quran terutamanya surah yang paling utama di dalam Al Quran iaitu Surah Al Fatihah merupakan Fardhu Ain, kerana surah ini merupakan surah yang wajib dibaca dan menjadi rukun di dalam melakukan ibadah Solat. Keunikan program Talaqqi Al Fatihah Bersanad ini ialah bukan sekadar mempelajari bacaan yang sempurna hukum tajwidnya tetapi juga mempelajari pelbagai jenis bacaan (qiraat) seperti qiraat Wars,Qalun,ibn Kathir dan sebagainya terdapat 10 jenis qiraat kesemuanya dapat dipelajari dalam sesi ini. Telah berlangsung bengkel yang diadakan sekali dalam tiga bulan dikendalikan oleh Ustaz Mohd Zarimi Bin Abu Zih yang juga mantan Pengarah Bahagian Profesional Kumpulan Al Baghdadi
Meskipun Teknik Al Baghdadi telah mula diperkenalkan semenjak tahun 2009, namun masih ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mengetahui dan mendekati teknik yang telah memenangi beberapa anugerah dan pengiktirafan ini. Seramai 102 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang diadakan di Dewan Akademi Al Baghdadi.