Your cart is empty!
Your cart is empty

Kursus Perunding Nadi Al Baghdadi

Alhamdulillah, pada 22 - 23 September 2018 lalu, Dewan Akademi Al Baghdadi telah diserikan dengan kunjungan  para peserta KP Nadi. Seramai 42 orang peserta telah mendaftarkan diri dan hadir ke kursus ini untuk menimba ilmu dan kemahiran tentang Al Quran khususnya untuk menghafaz surah-surah yang ditetapkan. Majoriti daripada para peserta adalah pertama kali mengikti kursus Nadi ini. Kesemuanya sangat teruja dengan teknik hafazan yang sangat berkesan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Kursus kali ini telah dikendalikan oleh Ustza Nazri Esa, dan menariknya, dalam masa satu hari setengah sahaja, rata-rata peserta sudah boleh menguasai hafazan beberapa ayat daripada Surah An-Naba'. Selain itu, antara respon dariapada peserta termasuklah, menyatakan bahawa teknik hafazan Al Baghdadi secara beramai-ramai dan berkumpulan seperti ini sememangnya unik dan langsung tidak membosankan atau memberikan tekanan. Suasana sepanjang sesi hafazan memperlihatkan para peserta sangat aktif dan ceria di samping mendapat manfaat sepanjang kursus ini. 

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala usahasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Semoga segala kebaikkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan disebarkan kepada masyarakat.

WhatsApp Image 2018 09 25 at 11.17.50 AM 1

Sesi Micro Teaching, praktikal guru mengajar cara menghafaz kepada pelajar.

WhatsApp Image 2018 09 25 at 11.17.33 AM

Semangat dan ceria. Pengendali kursus komited memberi perkongsian ilmu hafazan Al Quran.

WhatsApp Image 2018 09 25 at 11.17.31 AM

Suasana sesi hafazan. Para peserta duduk dalam kumpulan.

WhatsApp Image 2018 09 25 at 11.17.32 AM

Aktiviti selingan menambah keceriaan dan mengaktifkan para peserta.

WhatsApp Image 2018 09 25 at 11.17.54 AM

Tahniah. Para peserta khusus menerima sijil.

WhatsApp Image 2018 09 25 at 11.17.53 AM

Jazakallahu khairan Ustaz Nazri Esa. Semoga Allah memberi ganjaran atas perkongsian ilmu yang bermanfaat.

kn 3

Anugerah Peserta Hafazan Terbaik. 

kn 2

Anugerah Kumpulan Hafazan Terbaik.

© Copyright 2017 AKADEMI AL BAGHDADI | Powered By Al Baghdadi Group Sdn. Bhd.

Please publish modules in offcanvas position.