SAPQ Sesi ke-2

Alhamdulillah, Sijil Asas Perguruan Al Quran Sesi ke-2 telah dilangsungkan pada 11 Ogos yang lalu. Sesi kali ini dimulakan dengan kelas tajwid yang dikendalikan oleh Ustaz Aubidullah Fahmi Ibrahim. Ustaz Aubidullah memberikan pendedahan mendalam tentang pengenalan ilmu Tajwid, meliputi definisi sebener Tajwid, kisah-kisah sejarah AL-Quran dan ilmu Tajwid. Beliau turut memberi penjelasan mendalam tentang kaedah pembacaan dengan Qiraat dan Tariq yang berbeza. Bahagian Tajwid kali ini menekankan hukum nun sakinah dan tanwin, dan mim sakinah. Beliau berkongsi teknik bacaan yang betul mengikut tajwid dan menekankan kedudukan lidah ketika melafazkan ayat AL Quran. 

Perkongsian seterusnya disampaikan oleh Ustaz Syukri. Beliau memberi pengajaran ilmu Taranum secara teori dan praktikal. Perkongsian menarik daripada beliau sangat menarik minat para pelajar dan menjadikan sesi pembelajaran sangat ceria dan interaktif. Ustaz Syukri turut memperdengarkan bacaan Al Quran dengan Tabarakat (Tingkatan Suara) yang berbeza beserta burdah-burdah yang menarik. Antara jenis Taranum yang diperkenalkan ialah Nahawan, Bayati, Hijjaz, Rast, Sikah, Jiharkah dan Iraqi.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi SAPQ kali ini. Semoga segala ilmu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan disebarkan.

WhatsApp Image 2018 08 11 at 11.06.28 AM

Ustaz Aubidullah mengendali sesi Tajwid.

WhatsApp Image 2018 08 11 at 11.06.28 AM 1

sapq new b

Ustaz Syukri memberi penjelasan Taranum.

 

© Copyright 2017 AKADEMI AL BAGHDADI | Powered By Al Baghdadi Group Sdn. Bhd.

Please publish modules in offcanvas position.

Kursus Perunding Hafazan Nadi - HQ (September)

00kpnadihqsept

<<Sila Taip INFOKP dan hantar ke Whatsapp 013 2525670>>