Your cart is empty!
Your cart is empty

SAPQ Sesi ke-3

Sijil Asas Perguruan Al Quran sesi ke-3 telah berjaya dilangsungkan pada 1 September 2018 lalu, dengan penyertaan seramai 58 orang peserta. Sesi kali ini memfokuskan kepada pembelajaran Taranum. Banyak perkongsian ilmu telah dikongsikan oleh Ustaz Syukri selaku tenaga pengajar. Pengajaran dilakukan secara teori dan amali, membolehkan para pelajar faham dengan lebih mendalam tentang kandungan modul yang disediakan di samping dapat mendengar alunan taranum yang dipersembahkan dengan begitu menarik dan baik oleh Ustaz Syukri. 

Antara pengisian kali ini ialah berkaitan dengan sejarah pengumpulan dan penyusunan Al Quran ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthman, berikutan faktor ramainya para huffaz yang wafat dalam peperangan Yamamah pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Abu Bakar. Usaha pengumpulan dan penulisan Al Quran telah diketuai oleh Zaid B. Thabit. 

Ustaz Syukri turut menerangkan asal usul seni taranum. Seni ini diasaskan daripada bunyi geseran kayu, tiupan angin, kicauan burung, dan air yang mengalir kemudian diadaptasi dan disesuaikan dengan irama, nada dan rentak. Terdapat beberapa istilah dalam taranum yang mesti difahami oleh para peserta antaranya Nagham, Mahattah, Qit'ah, Harakah, Taushih, Ikhlilal Al-Lahn dan Burdah.

Pada akhir sesi Ustaz Syukri lebih mempraktikkan alunan taranum bersama para peserta. Rata-rata para peserta sangat teruja dan seronok sepanjang sesi kuliah. Semoga segala ilmu yang telah dipelajari dapat difahami dan dimanfaatkan sebaik mungkin. 

 

© Copyright 2017 AKADEMI AL BAGHDADI | Powered By Al Baghdadi Group Sdn. Bhd.

Please publish modules in offcanvas position.

Notification