Pengambilan pelajar baru telah dibuka bagi mengikuti Program Sijil Asas Perguruan Al Quran (SAPQ) pengambilan JANUARI 2023. SAPQ terdiri dari 8 buah modul pembelajaran dan terbahagi kepada 4 buah modul untuk setiap semester pembelajaran. Dijalankan secara dalam talian bagi memberi peluang lebih ramai umat Islam memperlajari ilmu-ilmu asas Al Quran.
Sijil Asas Guru Tadabbur merupakan Program Persijilan bagi melahirkan guru-guru yang mampu MEMBIMBING dan MEMUDAHKAN para pencinta Al Quran untuk mula mengambil pengajaran dan pedoman daripada Al-Quran. Kursus ini adalah asas dan langkah pertama untuk menyelam dalam ILMU TADABBUR.
Kursus dan Bengkel merupakan program jangka pendek yang dianjurkan oleh Akademi Al Baghdadi untuk memberi pendedahan berkaitan teknik ,modul dan metodologi pembelajaran AL Quran yang terkini.