Pengambilan Pertama

Sijil PENGAJIAN Tafsir Al Quran

Mari bersama mempelajari & menghayati isi kandungan Al Quran

dalam program Sijil Pengajian Tafsir Al Quran

 

Kuliah Tafsir Eksklusif bersama

Ustaz Dr Haji Mat Nawi Mat Jusoh

Nama : Ustaz Dr Mat Nawi Bin Mat Jusoh

  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Morocco
  • Master Pendidikan di UMS, Sabah
  • PhD Pengajian Nahu Bahasa Arab, UKM Bangi
  • Pengerusi Pusat Rawatan Islam Darul Waqie
  • Pengedit Kitab Tafsir Ar Raqie Karangan Sheikh Khalid bin Sheikh Ibrahim
  • Penceramah Tafsir Al Quran di Surau & Masjid

Adab Menuntut Ilmu

Image

6 Kewajipan terhadap Al Quran

Al-Quran adalah sebuah kitab suci yang tiada tandingannya. Apakah tanggungjawab kita terhadap kitab suci tersebut? Sekurang-kurang terdapat enam tanggungjawab yang wajib kita laksanakan:

1. Beriman dengan Al Quran

Kita wajib beriman bahawa al-Quran adalah kitab suci, kalam Allah yang sangat benar lagi terpelihara daripada sebarang kekurangan, kesilapan dan kebatilan. Hal ini telah dinyatakan dengan cukup jelas dan tegas di samping dalil-dalil aqli yang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Firman Allah Taala:

تَنْزِيلُ الْكِتَابِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, daripada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (As-Sajadah: 2)

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالذِّكْرِ لَمَّا جَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّهُ لَكِتَابٌ عَزِيزٌ

لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ ۖ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ

Sesungguhnya orang-orang yang kufur engkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan daripada mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan daripada Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.” (Fussilat: 41-42)

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا

Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (An-Nisaa’: 82)

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kami yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Al-Hijr: 9)

Kuliah Tafsir Ustaz Dr Mat Nawi bin Mat Jusoh

Ustaz juga mempunyai jadual yang padat dalam menyampaikan ilmu tafsir di surau dan masjid.

Tafsir Surah Al Kahfi

Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir

Tafsir Surah Ibrahim

Tafsir Surah Hud

Image

6 Keistimewaan Sijil Pengajian Tafsir Al Quran

Rebutlah peluang ini untuk mempelajarai ilmu Al Quran dari ahlinya.

Kuliah dijalankan secara dwibulanan , iaitu berselang minggu. Memberi peluang dan kemudahan kepada peserta untuk mengikuti kuliah secara tetap dan berterusan.

Ustaz Dr Mat Nawi Bin Mat Jusoh adalah seorang yang berpengalaman dalam ilmu Bahasa Arab. memiliki pendidikan Bahasa Arab dari peringkat Ijazah pertama sehingga PHD. Beliau terlibat mengedit 30 juzuk Kitab Tafsir Ar Raqie karangan Sheikh Khalid bin Sheikh Ibrahim. Dr Nawi juga aktif menjadi pendakwah bebas dalam bidang ilmu tafsir.

Sijil Penyertaan akan diberikan sebagai bukti, ilmu telah disampaikan oleh penceramah dan boleh disebarkan kepada masyarakat.

Program ini dijalankan secara bersiri dengan bermula dari Juzuk Amma ( Juzuk 30 ). Kerana juzuk mengandungi 36 surah yang selalu menjadi amalan dan hafazan umat Islam. Memahami tafsirannya menjadi keutamaan diperingkat awal usaha memahami ayat Al Quran. Penghayatan dan pengamalan menjadi keutamaan.

Yuran sangat berpatutan dan ianya merupakan pelaburan menuntut ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Kuliah dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi zoom. Setiap pelajar boleh berinteraksi dengan pensyarah untuk sesi soaljawab . Kemudahan ini menjadikan kelas boleh diakses dari mana sahaja kawasan yang mempunyai liputan internet. Video ulang tayang juga disediakan.

PENGAMBILAN NOVEMBER TELAH DIBUKA !

SIJIL PENGAJIAN TAFSIR AL QURAN (ONLINE)

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke akademialbaghdadi @gmail.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© Copyright AKADEMI ALBAGHDADI 2021. Design & Development by AL BAGHDADI GROUP