SAPQ Semester 1 (Julai/2023)

Sijil Asas Perguruan Al Quran (Online)

Pengambilan Program  Sijil Asas Perguruan Al Quran (SAPQ) Online dibuka mulai Ogos 2023 .Program ini bagi memberi peluang masyarakat untuk mengikuti SAPQ melalui rakaman video kuliah yang boleh ditonton mengikut kesesuaian masa pelajar. Tawaran Istimewa sebanyak 20% DISKAUN diberikan kepada pelajar yang mengambil pakej semua modul (subjek). Sila Masukkan kod kupon 'COMBOSAPQ' sewaktu membuat pembayaran/checkout.

Courses in this category:

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar berkenaan penulisan al-Quran yang dikenali sebagai rasm al-Uthmani. Antara topik-topik yang diberikan penumpuan adalah latar belakang rasm al-Uthmani, jenis-jenis penulisan di dalam bahasa Arab, keistimewaan dan keunikan rasm al-Uthmani berbanding tulisan-tulisan yang lain. Selain daripada rasm al-Quran, tanda-tanda di dalam al-Quran yang dikenali sebagai dhabt al- Quran juga akan dihuraikan secara terperinci kepada pelajar. Objektif utama kursus ini ialah memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ...

  • 2

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tatabahasa bahasa Arab dalam ilmu nahu dan ilmu saraf yang digabungkan berdasarkan kepada keperluan pembentukan pengetahuan asas berkaitan bahasa al-Qur’an. Latihan kemahiran bahasa juga ditekankan dalam aplikasi kemahiran bahasa al-Qur’an dalam kehidupan seperti latihan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis secara tidak langsung. Kursus ini menjadikan al-Qur’an sebagai buku latihan bagi semua aktiviti pembentukan kemahiran bahasa dan kemahiran kandungan ilmu bahasa al-Qur’an....

  • 2

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aspek kemahiran tambahan dalam ilmu tajwid. Objektif kursus ini adalah untuk membekalkan pelajar perkara asas dalam ilmu tajwid yang wajib diketahui dalam pembacaan dan pengajaran al-Quran. Di antara topik-topik yang dipelajari menerusi kursus ini adalah Makhraj Huruf, Sifat Huruf, al-Tafkhim dan al-Tarqiq, al-Waqaf dan al-Ibtida’, dan Bacaan Khusus Riwayat Hafs `An `Asim Menurut Tariq Al-Syatibiyyah. Kursus ini disampaikan secara kuliah yang disampaikan...

  • 2

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar berkaitan epistimologi kurikulum Pendidikan Islam dalam konteks pengajaran al-Quran yang dipraktikan dalam sistem pendidikan Negara. Penghuraian terhadap beberapa kemahiran pengajaran seperti pedagogi,psikologi, dan komunikasi mampu membantu tenaga pengajar menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan lebih efektif. Di samping itu, pendedahkan kepada beberapa teknik pengajaran al-Quran dikemukakan bagi membantu guru memindahkan kandungan pembelajaran kemahiran al-Quran kepada pelajar secara berkesan. Selain itu, aplikasi pengajaran yang bersesuaian dengan aras pengajaran...

  • 2

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar berkenaan ulum al-Quran dari sudut pengertian, falsafah dan peranannya. Selain itu, pelajar akan dapat membezakan antara ayat-ayat makkiyah dan madaniyyah serta menghuraikan sejarah perkembangan ulum Quran dan pengumpulan...

  • 2

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aspek kemahiran asas ilmu tajwid. Objektif kursus ini adalah untuk membekalkan pelajar perkara asas dalam ilmu tajwid yang wajib diketahui dalam pembacaan dan pengajaran al-Quran. Di antara topik-topik yang dipelajari menerusi kursus ini adalah pengantar ilmu tajwid, pengenalan kepada riwayat Hafs daripada Imam ‘Asim, al-Isti’azah dan Basmalah, hukum nun dan mim sakinah, hukum mad dan...

  • 2

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar berkenaan ilmu bertarannum dari sudut pengertian, falsafah dan peranannya dalam pembacaan al-Quran. Selain itu, pandangan-pandangan ulama berkaitan hukum-hukum yang melibatkan ilmu tarannum turut diterangkan secara menyeluruh. Objektif utama kursus ini ialah memberikan pendedahan kepada pelajar tentang latar belakang bagi setiap tarannum, peranannya dan sifat-sifat yang terdapat...

  • 2

AAB2023

13 & 13A Suite Persiaran 3, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.

  • dummy+60 (19) 2345 145 

  • dummy+60 (10) 336 4427

  • dummy akademialbaghdadi@gmail.com

Pengunjung

Malaysia 93.4% Malaysia
United States 2.5% United States

Total:

72

Countries
0257706
Today: 17
This Week: 17
This Month: 1,766