KUNJUNGAN HORMAT AL BAGHDADI ACADEMY KE UCYP UNIVERSITY
K
29 JANUARI 2024- Al Baghdadi Academy membuat kunjung hormat ke UCYP University. Kunjungan Hormat kami diketuai oleh YBrs Puan Nur Sabrah binti Lokman Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Baghdadi Academy Sdn Bhd, turut hadir dari Pihak UCYP University, YBhg. Prof. Madya Dr. Norasiha binti Hamid iaitu Timbalan Naib Canselor, Pemajuan Akademik & Kualiti, UCYP University serta YBrs Puan Farah Adiba binti Kamaruddin, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pendidikan dan Pengajian Umum.Kunjung hormat ini diliputi dengan perbincangan aktiviti yang akan dijalankan selepas menandatangani MoU pada September 2023 yang lalu.