SAPQ SEM 1 JAN 2023

Pengambilan pelajar baru telah dibuka bagi mengikuti Program  Sijil Asas Perguruan Al Quran (SAPQ) pengambilan JANUARI 2023.  SAPQ terdiri dari 8 buah modul pembelajaran dan terbahagi kepada 4 buah modul untuk setiap semester pembelajaran. Dijalankan secara dalam talian bagi memberi peluang lebih ramai umat Islam memperlajari ilmu-ilmu asas Al Quran.  

Courses in this category:

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tatabahasa bahasa Arab dalam ilmu nahu dan ilmu saraf yang digabungkan berdasarkan kepada keperluan pembentukan pengetahuan asas berkaitan bahasa al-Qur’an. Latihan kemahiran bahasa juga ditekankan dalam aplikasi kemahiran bahasa al-Qur’an dalam kehidupan seperti latihan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis secara tidak langsung. Kursus ini menjadikan al-Qur’an sebagai buku latihan bagi semua aktiviti pembentukan kemahiran bahasa dan kemahiran kandungan ilmu bahasa al-Qur’an....

  • 59

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aspek kemahiran tambahan dalam ilmu tajwid. Objektif kursus ini adalah untuk membekalkan pelajar perkara asas dalam ilmu tajwid yang wajib diketahui dalam pembacaan dan pengajaran al-Quran. Di antara topik-topik yang dipelajari menerusi kursus ini adalah Makhraj Huruf, Sifat Huruf, al-Tafkhim dan al-Tarqiq, al-Waqaf dan al-Ibtida’, dan Bacaan Khusus Riwayat Hafs `An `Asim Menurut Tariq Al-Syatibiyyah. Kursus ini disampaikan secara kuliah yang disampaikan...

  • 59

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar berkenaan ulum al-Quran dari sudut pengertian, falsafah dan peranannya. Selain itu, pelajar akan dapat membezakan antara ayat-ayat makkiyah dan madaniyyah serta menghuraikan sejarah perkembangan ulum Quran dan pengumpulan...

  • 59

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar berkaitan ilmu al-Qira’at dari segi definisi, sejarah dan praktikal. Penjelasan mengenai perkembangan al-Qira’at bermula penurunan al-Quran dengan tujuh huruf akan memberikan gambaran kepada pelajar mengenai sejarah kemunculan ilmu al-Qira’at dan secara tidak langsung menolak Syubhah yang diberikan oleh musuh-musuh Islam dalam isu...

  • 58

AAB2023

13 & 13A Suite Persiaran 3, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.

  • dummy+60 (19) 2345 145 

  • dummy+60 (10) 336 4427

  • dummy akademialbaghdadi@gmail.com

Pengunjung

Malaysia 91.9% Malaysia
United States 2.9% United States
Singapore 2.3% Singapore

Total:

91

Countries
0270514
Today: 30
This Week: 81
This Month: 549